1.
|
Peraduan:
|
PERADUAN AYAM BRAND REZEKI RAYA DIKONGSI BERSAMA
|
2.
|
Penganjur:
|
A. Clouet (Malaysia) Sdn Bhd 195901000060 (0003409V)
|
3.
|
Tempoh Peraduan:
|
- Peraduan akan dijalankan dari 00:00:00, 22/02/2025 hingga 23:59:59, 30/04/2025.
- Semua penyertaan Peraduan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
- Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan, menggangtung atau menamatkan Peraduan mengikut budi bicara mutlaknya atau jika Peraduan tidak dapat diteruskan atas apa jua sebab. Penamatan atau penggantungan sedemikian tidak akan membolehkan sebarang tuntutan oleh Peserta.
|
4.
|
Kelayakan:
|
- Peraduan ini terbuka kepada penduduk sah di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 22/02//2025) kecuali pekerja dan keluarga terdekat Penganjur, termasuk syarikat gabungan dan/atau berkaitannya, pengedar, komunikasi, PR, digital dan agensi Peraduan.
- Penganjur berhak untuk meminta bukti dokumen pengenalan diri, jika perlu.
|
5.
|
Produk Mengambil Bahagian:
|
- Produk AYAM BRAND™ (“Produk yang mengambil bahagian”) adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
- AYAM BRAND™ Sardines
- AYAM BRAND™ Saba
- AYAM BRAND™ Mackerel
- AYAM BRAND™ Tuna
- AYAM BRAND™ Baked Beans
- AYAM BRAND™ Coconut Milk and Kerisik
- AYAM BRAND™ Fruits & Vegetables
- AYAM BRAND™ Cooking Paste
- AYAM BRAND™ Pulled Chicken
|
6.
|
Bukti Pembelian:
|
- Untuk penyertaan Peraduan, beli minimun RM20 (Ringgit Malaysia Dua Puluh) ("Pembelian Minimum") mana-mana Produk Mengambil Bahagian dalam satu resit asal daripada mana-mana outlet dalam kedai ("Resit") dan/atau invois daripada peniaga dalam talian yang mengambil bahagian semasa Tempoh peraduan.
- Resit Outlet Dalam Kedai:
- Resit bercetak asal tunggal mesti mengandungi butiran tarikh pembelian, Produk yang dibeli, jumlah pembelian, Nomber Resit dan nama atau logo Outlet Dalam Kedai.
- Invois Peniaga Dalam Talian:
- Peniaga Dalam talian yang mengambil bahagian adalah:
- Tangkap skrin Invois mesti mengandungi butiran tarikh pembelian, Produk yang dibeli, jumlah pembelian, nombor Invois dan nama atau logo Peniaga Dalam Talian. Untuk pembelian dalam talian dengan kod promosi dan/atau rebat dan/atau baucar diskaun dan/atau baucar penghantaran dan/atau sebarang diskaun lain, jumlah pembayaran akhir Produk mestilah jumlah Pembelian Minimum dan ke atas untuk layak.
- Resit dan/atau Invois adalah bukti pembelian ("Bukti Pembelian") yang diperlukan untuk menyertai Peraduan. Peserta boleh menghantar seberapa banyak Bukti Pembelian yang mereka kehendaki tetapi setiap Bukti Pembelian HANYA layan untuk 1 (satu) penyerahan penyertaan.
- Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Resit dengan butiran yang tidak lengkap, dicetak semula, digandakan, tidak boleh dibaca, tidak jelas, rosak, diubah, diubah suai, dihasilkan sendiri, dipalsukan dan/atau dalam sebarang bentuk yang tidak memenuhi keperluan pada pendapat Penganjur. Semua Resit yang tidak memenuhi syarat yang dinyatakan di sini akan dibatalkan kelayakan oleh Penganjur tanpa pemberitahuan selanjutnya kepada Peserta.
- Pihak Penganjur akan memperuntukkan nombor bersiri mengikut jumlah pembelian seperti yang dinyatakan dalam Resit yang diserahkan. Bagi setiap RM20 (Ringgit Malaysia Dua Puluh), Penganjur akan memperuntukkan 1 (satu) nombor bersiri sehingga maksimum 5 (lima) nombor bersiri. Sebarang jumlah baki akan dibatalkan sebaik sahaja nombor bersiri maksimum bagi setiap Bukti Pembelian telah diperuntukkan.
Contoh:
- Jika anda membeli RM26.50 Produk dalam satu Bukti Pembelian semasa Tempoh Peraduan, Penganjur akan memperuntukkan 1 (satu) nombor bersiri.
- Jika anda membeli RM187.50 Produk dalam satu Bukti Pembelian semasa Tempoh Peraduan, Penganjur akan memperuntukkan 5 (lima) nombor bersiri.
|
7.
|
Cara Penyertaan:
|
- Kaedah penyerahan Peraduan adalah melalui WhatsApp sahaja. Setiap Bukti Pembelian HANYA layak untuk 1 (satu) penyerahan penyertaan melalui WhatsApp.
- Langkah-langkah penyertaan WhatsApp:
- Tangkap satu (1) gambar/imej yang jelas dan boleh dibaca 1 (satu) Resit atau tangkap skrin Invois lengkap dengan butiran ("Imej").
- Satu (1) Imej mesti mengandungi gambar satu (1) Bukti Pembelian sahaja dan fail Imej mesti kurang daripada 5MB.
- Hantar Imej melalui WhatsApp ke 6018 311 9980 menggunakan nombor telefon bimbit yang didaftarkan di Malaysia.
- Setelah menyerahkan Imej, anda akan menerima mesej auto-balas yang mengarahkan anda untuk menyerahkan nama penuh, nombor pengenalan, alamat e-mel, dan e-Wallet pilihan anda ("Butiran Peribadi"). Untuk melengkapkan pendaftaran dan penyerahan penyertaan anda ("Penyertaan"), sila ikuti arahan dalam mesej auto-balas dan serahkan Butiran Peribadi yang diperlukan dengan segera.
- Anda dikehendaki memberikan Butiran Peribadi anda sekali sahaja. Anda boleh menghantar seberapa banyak Penyertaan yang anda inginkan, dan semua Penyertaan seterusnya akan dipautkan kepada Butiran Peribadi yang diberikan pada mulanya.
- Mesej perakuan auto-balas akan dihantar oleh Penganjur untuk Penyertaan WhatsApp pertama yang diterima daripada setiap nombor telefon bimbit sahaja.
- Penganjur akan mengekstrak semua Penyertaan yang diterima untuk pemprosesan, pengesahan dan kelayakan selanjutnya. Penganjur berhak untuk membatalkan mana-mana Penyertaan dengan Butiran Peribadi yang tidak lengkap, Imej yang tidak jelas dan/atau tidak boleh dibaca dan/atau mengandungi lebih daripada satu (1) Imej Bukti Pembelian. Semua Penyertaan yang tidak memenuhi syarat yang dinyatakan di sini akan dibatalkan kelayakan oleh Penganjur tanpa pemberitahuan lanjut kepada Peserta.
- Penganjur berhak untuk meminta Bukti Pembelian asal (salinan cetak) sebagai bukti untuk pengesahan dan penebusan hadiah. Kegagalan untuk mengemukakan salinan cetak Bukti Pembelian apabila diminta akan mengakibatkan kehilangan kelayakan dan pembatalan.
|
8.
|
Hadiah Mingguan & Tempoh Mingguan:
|
- Terdapat 25 (dua puluh lima) Hadiah Mingguan berupa 1 (satu) Kredit e-Wallet RM100 setiap satu untuk dimenangi setiap minggu selama 9 (sembilan) minggu berturut-turut.
- Hadiah Mingguan adalah Kon PIN Tambah Nilai Kredit e-Wallet pilihan yang dipilih seperti di bawah:
- PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go e-Wallet atau,
- Kod Penebusan Kredit Boost atau,
- e-Kredit SPayGlobal (Sarawak Pay).
- Terdapat sejumlah 225 (dua ratus dua puluh lima) Hadiah Mingguan untuk dimenangi di akhir Tempoh Peraduan.
- Berikut adalah 9 (sembilan) tempoh mingguan:
Minggu 1: 22/02/2025 - 28/02/2025 Minggu 2: 01/03/2025 - 07/03/2025 Minggu 3: 08/03/2025 - 14/03/2025 Minggu 4: 15/03/2025 - 21/03/2025 Minggu 5: 22/03/2025 - 28/03/2025 Minggu 6: 29/03/2025 - 04/04/2025 Minggu 7: 05/04/2025 - 11/04/2025 Minggu 8: 12/04/2025 - 18/04/2025 Minggu 9: 19/04/2025 - 30/04/2025
|
9.
|
Mekanik Pemilihan Pemenang Hadiah Mingguan:
|
- Setiap minggu satu set nombor bersiri akan diperuntukkan untuk Penyertaan Layak bermula dari nombor bersiri "1". Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak akan disusun kira dan ditambah untuk mendapatkan jumlah bilangan Penyertaan Layak bagi setiap minggu.
Contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak mingguan untuk Minggu 1 ialah 4005, Pengajur akan memilih Finalis berdasarkan mekanik berikut:
- 25 (Dua Puluh Lima) Finalis Hadiah Mingguan:
4005 akan dibahagikan dengan 25 yang bersamaan dengan 160.2 yang akan dibundarkan ke bawah kepada 160. Nombor bersiri kemenangan pengganda dalam kes ini ialah 160. 25 (Dua Puluh Lima) Penyertaan Layak diberikan nombor bersiri dengan gandaan 160 iaitu: 160, 320, 480, 640, 800 dan seterusnya akan dipilih.
|
10.
|
Hadiah Utama:
|
- Terdapat 53 (Lima Puluh Tiga) Hadiah Utama yand disenaraikan di bawah untuk dimenangi di akhir Tempoh Peraduan.
- 1 (Satu) Hadiah Utama* berupa 1 (Satu) PROTON x70 1.5 TGDI 2WD bernilai RM113,779.89.
- 12 (Dua Belas) Hadiah Pertama** berupa 1 (Satu) Jongkong Emas* 999.9 10g HABIB bernilai RM4,100 setiap satu.
- 40 (Empat Puluh) Hadiah Kedua berupa 1 (Satu) PHILIPS Digital Airfryer 6.2L bernilai RM410.00 setiap satu.
* Hadiah Utama adalah harga di atas jalan termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans. Sebarang bayaran tambahan dan/atau yuran rampaian, kos dan/atau perbelanjaan yang akan ditanggung berkaitan dengan mengumpul, menggunakan dan/atau pengekalan Hadiah Utama hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh dan tanggungjawab pemenang Hadiah Utama sepenuhnya. ** Nilai Hadiah Pertama adalah betul pada masa pencetakan. Nilai emas adalah mengikut harga emas semasa. Sijil ketulenan HABIB JEWELS akan disertakan pada bungkusan.
|
11.
|
Mekanik Pemilihan Pemenang Hadiah Utama:
|
- Di akhir Tempoh Peraduan satu set nombor bersiri akan diperuntukkan untuk Penyertaan Layak bermula dari nombor bersiri "1". Nombor bersiri yang diperuntukkan kepada setiap Penyertaan Layak akan disusun kira dan ditambah untuk mendapatkan jumlah bilangan Penyertaan Layak untuk Tempoh Peraduan.
Contoh: Jika jumlah nombor bersiri Penyertaan Layak ialah 48579, Penganjur akan memilih Finalis berdasarkan mekanik berikut:
- 1 (Satu) Finalis Hadiah Utama:
485793 akan dibahagikan kepada 2 yang bersamaan dengan 24289.50 yang akan dibundarkan ke bawah kepada 24289. Penyertaan Layak diberikan dengan nombor bersiri 24289 akan dipilih.
- 12 (Dua Belas) Finalis Hadiah Pertama:
485793 akan dibahagikan dengan 12 yang bersamaan dengan 4048.25 yang akan dibundarkan ke bawah kepada 4048. Nombor bersiri kemengangan pengganda dalam kes ini ialah 4048. 12 (Dua Belas) Penyertaan Layak diberikan dengan nombor bersiri dengan gandaan 4048 iaitu: 4048, 8096, 12144, 16192, 20240 dan seterusnya akan dipilih.
- 40 (Empat Puluh) Finalis Hadiah Kedua:
485793 akan dibahagikan dengan 40 yang bersamaan dengan 1214.47 yang akan dibundarkan ke bawah kepada 1214. Nombor bersiri kemenangan pengganda dalam kes ini ialah 2500. 40 (Empat Puluh) Penyertaan Layak diberikan dengan nombor bersiri dengan gandaan 1314 iaitu: 1214, 2428, 3642, 4856, 6070, 7284 dan seterusnya akan dipilih.
|
12.
|
Soalan Wajib & Jawapan:
|
- Penganjur akan menghubungi semua Finalis terpilih melalui WhatsApp daripada Nombor WhatsApp Rasmi Peraduan 6018 311 9980 ke nombor telefon mudah alih yang diterima Penganjur dalam Penyertaan Layak. Setiap Finalis yang terpilih akan diberikan 1 (Satu) soalan untuk dijawab melalui WhatsApp. Finalis yang dipilih mesti menjawab soalan yang diberikan oleh Penganjur dengan betul untuk memenangi Hadiah.
- Sekiranya Finalis terpilih gagal menjawab soalan dengan betul dan/atau gagal menjawab dalam masa yang dinyatakan dalam mesej WhatsApp, Finalis yang dipilih akan dibatalkan kelayakannya dan digantikan dengan nombor bersiri Finalis selepas nombor bersiri Finalis terpilih yang telah dibatalkan.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranyan Finalis yang dipilih tidak dapat dihubungi atas apa jua sebab.
|
13.
|
Pemenuhan Hadiah:
|
- Setiap Peserta sepanjang Tempoh Peraduan hanya boleh memenangi:
- 1 (Satu) Hadiah Mingguan setiap minggu dan
- 1 (Satu) Hadiah Utama dengan nilai yang lebih tinggi.
- Atas permintaan, semua Pemenang mesti memberikan butiran peribadi mereka kepada Penganjur untuk pemenuhan hadiah. Penganjur berhak untuk meminta bukti dokumen pengenalan bagi tujuan pengesahan, jika perlu. Kegagalan untuk memberikan sebarang bukti pengenalan memberi hak kepada Penganjur untuk membatalkan kelayakan Pemenang dan pelucutan Hadiah.
- Semua Hadiah Mingguan Kod Tambah Nilai e-Wallet pilihan yang telah dipilih akan dihantar oleh pembekal perkhidmatan Penganjur melalui WhatsApp daripada Nombor WhatsApp Rasmi Peraduan 6018 311 9980 ke nombor telefon mudah alih yang diterima Penganjur dalam Penyertaan Layak, dalam tempoh 8 (lapan) hingga 12 (dua belas) minggu dari tarikh tutup Peraduan.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika mana-mana Hadiah Mingguan Kod Tambah Nilai e-Wallet pilihan yang telah dipilih tidak dapat dihantar atau disampaikan kepada Pemenang disebabkan sebarang perubahan atau perbezaan dalam nombor hubungan mudah alih yang diserahkan oleh pemenang kepada Penganjur semasa penyerahan penyertaan Peraduan.
- Semua Pemenang Hadiah Mingguan Kod PIN Tambah Nilai e-Wallet pilihan yang telah dipilih mesti mematuhi terma dan syarat vendor dan pihak yang mengatur dan menyediakan Kod PIN Tambah Nilai e-Wallet. Pemenang hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang yuran pentadbiran tambahan atau kos yang berkaitan dengan menebus Kod PIN Tambah Nilai e-Wallet melalui saluran selain daripada aplikasi dan penggunaan masing-masing. Berikut adalah terma dan syarat vendor:
- Penggunaan PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go eWallet tertakluk pada Terma & Syarat Touch ’n Go Sdn Bhd (TNG Digital Sdn Bhd);
https://www.touchngo.com.my/assets/pdf/user-tnc.pdf
- Penebusan & penggunaan Kod Penebusan Kredit Boost tertakluk pada Terma & Syarat Axiata Digital eCode Sdn Bhd;
https://www.myboost.com.my/terms/
- Penebusan & penggunaan e-Kredit SPayGlobal (Sarawak Pay) tertakluk pada Terma & Syarat SiliconNet Technologies Sdn Bhd;
https://spayglobal.my/page-0-31-22-Terms-and-Conditions-of-Services.html
- Hadiah Pertama dan Hadiah Kedua akan dihantar melalui kurier kepada Pemenang oleh Penganjur dalam tempoh 8 (lapan) hingga 12 (dua belas) minggu dari tarikh tutup Peraduan ke alamat yang diberikan oleh Pemenang.
- Pemenang Hadiah Utama akan menerima surat perakuan dalam tempoh 8 (lapan) hingga 12 (dua belas) minggu dari tarikh tutup Peraduan ke alamat yang diberikan oleh Pemenang. Pemenang dikehendaki mengambil Hadiah Utama di cawangan pengedar PROTON terpilih seperti yang dinyatakan dalam surat perakuan penerimaan Pemenang. Penganjur akan memilih cawangan pengedar PROTON yang terdekat daripada alamat yang diberikan oleh Pemenang.
- Pemenang Hadiah Utama mesti bersetuju ke temuduga untuk tujuan promosi, publisiti dan pengiklanan yang akan diaturkan oleh Penganjur dan mesti menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah, jika ada. Pengajur akan mengemas kini Pemenang Hadiah Utama mengenai butiran temuduga dan Majlis Penyampaian Hadiah. Sebarang yuran tambahan dan/atau yuran rampaian lain, kos dan/atau perbelanjaan yang akan ditanggung berkaitan dengan menebus, menggunakan dan/atau mengekalkan Hadiah hendakla ditanggung sepenuhnya oleh dan adalah tanggungjawab sepenuhnya Pemenang Hadiah Utama.
- Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah klausa ini atas sebab di luar kawalan Penganjur. Penganjur berhak untuk menukar kaedah pemenuhan yang dinyatakan di bawah klausa ini mengikut budi bicara Penganjur.
- Semua Hadiah yang tidak dituntut selepas tarikh akhir yang ditetapkan oleh Penganjur akan dibatalkan.
- Semua Pemenang akan dimaklumkan melalui WhatsApp. Semua Hadiah mesti dituntu dalam tempoh 3 (tiga) bulan dari tarikh pemberitahuan. Semua Hadiah yang tidak dituntut akan dibatalkan. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemberitahuan tidak diterima atau terdapat kelewatan penghantaran pemberitahuan kepada peserta.
- Peserta mesti mematuhi terma dan syarat pihak yang mengatur dan/atau menyediakan semua hadiah dan terma dan syarat yang disertakan pada hadiah, jika ada. Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah klausa ini atas sebab-sebab di luar kawalan Penganjur.
- Semua Peserta mesti mematuhi Mekanik Pemilihan Pemenang yang ditetapkan oleh Penganjur. Penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang sama nilainya, pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberikan atas dasar "Sedia Ada" dan tidak boleh dipindah milik, dikembalikan atau ditukar dalam sebarang bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan.
- Para Pemenang akan diumukan di laman web rasmi Penganjur di: www.ayambrand.com.my dan di laman rasmi Facebook di https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.
|
14.
|
Terma Tambahan:
|
- Penganjur dan syarikat yang terlibat dalam Peraduan tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua perkara dalam kelewatan, ketidakserahan dan/atau gangguan WhatsApp dan mesej dalam talian yang dihantar atau diterima dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penggunaan telefon mudah alih atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan yang berkaitan dengan Peraduan.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawab untuk sebarang kesilapan, peninggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan talian telekomunikasi, kecurian atau pemusnahan, akses tanpa kebenaran kepada, atau pengubahan, komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kerosakan teknikal mana-mana rangkaian telefon atau talian, sistem dalam talian komputer, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel disebabkan masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet dan/atau laman web.
- Peserta hendaklah memikul liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat daripada penyertaan dalam Peraduan.
- Dengan menyertai Peraduan, Peserta bersetuju untuk memberikan maklumat peribadi mereka dan Penganjur berhak untuk menerbitkan, menggunakan nama dan/atau gambar Pemenang serta Penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa pampasan atau notis lanjut dan setiap Peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan untuk penggunaan Penyertaan mereka oleh Penganjur.
- Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk menyediakan perkhidmatan atau surat-menyurat dengan peserta. Maklumat ini disimpan dalam cara yang sesuai dengan sifat data oleh Penganjur dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan menyerahkan maklumat peribadi Peserta, Penganjur menganggap bahawa kebenaran telah diberikan kepada Penganjur dan/atau ejennya yang diberi kuasa untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan Peraduan masa kini dan masa hadapan serta untuk menambah baik produk dan perkhidmatannya. Jika Peserta memaklumkan Penganjur melalui [email protected] bahawa maklumat di atas tidak boleh digunakan sebagai asas untuk menghubungi selanjutnya, Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat Peserta tidak akan diberikan atau dikongsikan dengan syarikat lain untuk kegunaan mereka.
- Dengan menyertai Peraduan, Peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat rasmi Peraduan serta keputusan Penganjur. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma dan Syarat Peraduan ini, sila elakkan daripada menyertai Peraduan.
- Penganjur berhak untuk meminda, memadam atau menambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa sebarang notis awal pada bila-bila masa dan Peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
- Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berkaitan keputusan yang dibuat oleh Penganjur tidak akan dilayan. Sila baca Terma dan Syarat Peraduan ini dengan teliti sebelum anda menyertai Peraduan.
- Terma dan Syarat Peraduan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya berlaku ketidakseragaman antara kedua-dua versi, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.
|
15.
|
Notis di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010:
|
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawab untuk sebarang kesilapan, peninggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau pemusnahan, akses tanpa kebenaran kepada, atau pengubahan, komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kerosakan teknikal mana-mana rangkaian telefon atau talian, sistem dalam talian komputer, pelayan atau pembekal, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel disebabkan masalah teknikal atau kesesakan lalu lintas di internet dan/atau laman web.
- Data peribadi yang anda berikan kepada kami boleh didedahkan kepada penyedia perkhidmatan kami hanya untuk tujuan yang disebutkan di atas. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa data peribadi tersebut dikemas kini. Anda boleh mengakses dan meminta pembetulan data peribadi anda dan/atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, atau membuat pertanyaan atau aduan berkaitan data peribadi dengan menghantar e-mel ke penyedia perkhidmatan di [email protected]. Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai berbanding versi Bahasa Malaysia.
|
16.
|
Notis Privasi:
|
- By participating in the Contest, the Participant agrees to the processing of the Participant’s Personal Data by the Organizer in accordance with the A. Clouet (Malaysia) Sdn. Bhd. Privacy Notice in https://www.ayambrand.com.my/index.php/privacy-policy.
- b. Dengan menyertai Peraduan, Peserta bersetuju dengan pemprosesan Data Peribadi Peserta oleh Penganjur mengikut Notis Privasi A. Clouet (Malaysia) Sdn. Bhd. di https://www.ayambrand.com.my/ms/index.php/privacy-policy.
|