Nasi Goreng Kunyit Dan Sardin
Bahan-Bahan
- 250g nasi
- ½ sekeping bawang
- 4 sudu besar kismis
- 100g sayur campur
- 2 sudu kecil bawang putih cincang
- 2 sudu kecil serbuk kunyit
- Jus limau nipis
- Minyak kacang
- Parsli
- Sos ikan
- ½ tin Ayam Brand ™ Sardin dalam Sos Tomato 215g
Penyediaan:
- Bakar sardin dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180ºC selama 10 minit. Semasa sedang membakar, kupas dan cincang bawang.
Memasak
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang dengan bawang putih cincang.
- Masukkan nasi, sayur campur, serbuk kunyit.
- Tumis sehingga sebati, masukkan kismis dan sos ikan dan kacau sebentar. Hidangkan di atas pinggan.
Penyampaian
- Hidangkan nasi goreng kunyit dalam pinggan lebar dan hiaskan dengan timun, bawang, tomato dan daun ketumbar.
- Taburkan sedikit pasli di atas nasi dan letakkan sardin di sebelah nasi.