Tepung Pelita
Bahan Utama (Lapisan Bawah):
- 160g tepung beras
- 220g gula
- 1200ml air
- 6 helai daun pandan atau 1 sudu kecil pewarna pandan
Bahan Utama (Lapisan Atas):
- 700ml Santan Kelapa Ayam Brand ™
- 45g tepung beras
- 1 sudu kecil garam
Penyediaan:
Lapisan Bawah
- Sediakan jus pandan dengan memotong daun pandan menjadi kepingan kecil dan kisar hingga rata dengan 4tbs air biasa. Dengan menggunakan penapis, tapis jus pandan.
- Kisar jus pandan dengan tepung beras, air dan gula, masak dengan api kecil sambil kacau. Masak sehingga menjadi pekat. Anda boleh menambah 1 tin nata de coco (toskan dan cincang kasar)
- Tuang campuran tadi kedalam loyang bersaiz 10 inci. Kukus sehingga masak dan biarkan sejuk.
Lapisan atas
- Satukan bahan-bahan dalam periuk dan masak dengan api kecil dan kacau. Masak sehingga pekat
- Tuang campuran ini di atas lapisan bawah. Biarkan sejuk dan letakkan dalam peti sejuk. Hidang sejuk.