Kek Kelapa Sirap Lemon
Bahan-Bahan
- 270ml Santan Kelapa Ayam Brand ™
- 250g Mentega
- 1 sudu besar kulit limau nipis, disagat
- 1 cawan gula kastor
- 3 biji telur
- ⅔ cawan kelapa parut
- 2 cawan tepung naik sendiri
Bahan Sirap:
- ¼ cawan jus lemon
- ½ cawan gula
- 2 sudu air
Penyediaan:
- Panaskan ketuhar hingga 180oC dan letakkan sedikit minyak dalam10 acuan mufin
- Campurkan mentega, kulit lemon dan gula dalam mangkuk besar dan pukul dengan pengisar hingga menjadi krim.
- Seterusnya, masukkan telur satu per satu dan pukul
- Akhir sekali, masukkan kelapa parut, separuh tepung dan separuh santan, kemudian masukkan teoung dan santan yang tinggal.
- Masukkan satu sudu adunan ke dalam acuan. Bakar lebih kurang 30 minit sehingga coklat keemasan.
- Sementara itu, untuk membuat sirap lemon, campurkan jus lemon , air dan gula dalam kuali kecil. Kacau sehingga mendidih.
- Apabila mufin telah masak, keluarkan dari ketuhar. Biarkan selama 5 minit, kemudian terbalikkan di atas rak dawai
- Calitkan sedikit sirap suam di atasa mufin
- Kuih muih ini bukan sahaja nampak sedap tapi mudah disediakan
- Anda boleh hidangkan sebagai pencuci mulut dengan krim untuk majlis istimewa.