20-lemongrass-sardines

 

 

Hidangan untuk 2

Masa penyediaan: 15 min    Masa memasak: 15 min

 THUMB-club-olive-oil-chilli

bahan-bahan:

  • 1 tin Sardin dalam Minyak Zaitun Ekstra Dara & Cili
  • 60g gula Melaka, dihancurkan
  • 3 sudu besar sos ikan
  • Jus daripada 1 limau nipis
  • Minyak untuk memasak

 

bahan untuk dikisar:

  • 2 batang serai
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 merah cili padi
  • minyak zaitun dara dan cili dari tin sardin
  • 5 bawang merah

 

kaedah:

  1. Kisarkan bahan-bahan rempah bersama minyaj dari tin sardin.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali dan gorengkan bahan-bahan yang di kisar sehingga harum.
  3. Tambahkan gula Melaka, sos ikan dan 4 sudu besar air. Masak sehingga sos sedikit menjadi pekat. Tambahkan lagi sos ikan, jika perlu.
  4. Masukkan jus limau sedikit demi sedikit di ikuti dengan sardin, besarkan api dan masak sehingga sos dan sardin sebati.
  5. Hidangkan panas bersama nasi ataupun roti.

 

 

Tags: _ Ikan_ Sardin_ Peminat Cili_ Masakan Malaysia_ Makan Tengahari_ Makan Malam_ Snek dan koktel_ Semua resipi

Share This

 

Go To Top