TOASTED SANDWICHES WITH BAKED BEANS

 

Hidangan untuk 5

baked-beans-230

bahan-bahan

  • 10 keping roti
  • Sedikit mentega
  • Sedikit keju parut
  • 1 tin Kacang Panggang dalam sos tomato Ayam Brand™ 230g

 

TOAST

Sapukan mentega pada roti dan letakkan diatas pembakar roti. Kita tuangkan kacang panggang dalam mangkuk dan sapukan atas roti. Kemudian, letakkan roti tersebut atas pembakar roti Anda juga boleh menambahkan sedikit keju parmesan jika anda suka. Kemudian, tutupkan dengan sekeping roti yang disapu mentega. Kemudian, pasangkan pembakar roti untuk beberapa minit.

 

cara hidangan

Toast sandwic telah sedia untuk dihidangkan. Letakkan dalam pinggan yang dihiaskan dengan daun salad, tomato dan timun yang telah dipotong.

 

 

 

Tags: _ Semua resipi


BAKED BEANS WITH SCRAMBLED EGGS

 

 

Hidangan untuk 4

baked-beans-425

bahan-bahan

  • 4 telur
  • 1/2 cawan susu
  • 10 tangkai daun parsli, dicencang
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 tin 425g Kacang Dalam Sos Tomato Ayam Brand™

 

MEMANASKAN KACANG PANGGANG

Tuangkan sedikit air dalam kuali, kemudian masukkan kacang panggang. Panaskan atas api sederhana.

 

MEMASAK TELUR

Panaskan mentega dalam kuali. Untuk campuran telur, pukul bersama, telur dan susu. Tuangkan telur kedalam kuali dengan mentega cair. Dengan sudu, kacau atas api sederhana sehingga telur masak.

 

cara hidangan

Hidangkan telur bersama kacang panggang. Taburkan dengan daun parsli dan biji lada hitam. Letakkan beberapa keping toast disisinya dan ia merupakan sarapan yang enak!

 

 

Tags: _ Kacang Panggang_ Timur bertemu Barat_ Sarapan_ Makan Tengahari_ Semua resipi


BAKED BEANS BEEF BACON MIXED

 

Hidangan untuk 4

baked-beans-230

bahan-bahan

  • 15g mentega masin
  • 150g bakon daging, dihiris nipis
  • 2 tin Kacang Panggang dengan sos tomato Ayam Brand™ 230g

 

MENGGORENG

cairkan mentega dalam kuali dan masukkan bakon daging. goreng sehingga bakon ranggup. Untuk mengeluarkan lemak berlebihan, alihkan bakon daging dan letakkan atas kertas. Kemudian, tuangkan kacang panggang dalam kuali dan panaskan. Apabila ia panas, letakkan bakon kembali dalam kuali dan kacau. Masukkan garam. Selepas seminit atau dua, kita boleh tutupkan api.

 

cara hidangan

Sebelum bermula, tuangkan sedikit kacang dalam mangkuk dan taburkan dengan sedikit daun parsli sebelum dihidangkan.

 

 

Tags: _ Kacang Panggang_ Daging lembu, kambing dan daging merah_ Timur bertemu Barat_ Makan Tengahari_ Makan Malam_ Semua resipi

 

Go To Top