Teknologi penghasilan makanan dalam tin mempunyai fungsi yang sama dengan keadaan kedap udara di angkasa lepas.

 

Kedap udara terhasil dari penggunaan haba, seterusnya tin ditutup rapat dan melalui proses nyahkuman beretort, satu kaedah memasak dengan menggunakan tekanan yang tinggi bagi mensterilkan kandungan dalam tin.

Sebagaimana di angkasa, ketiadaan udara akan menyebabkan ketiadaan kehidupan justeru makanan dalam tin juga boleh bertahan selama bertahun tanpa memerlukan bahan pengawet atau bahan kimia.

Makanan dalam tin bukan sahaja cara yang paling selamat bagi memelihara makanan, ianya diakui oleh para saintis sebagai cara yang terbaik untuk melindungi nutrien yang ada terutamanya bagi vitamin atau omega 3 yang sangat sensitif dengan pengoksidaan udara.

Ayam Brand menjamin semua makanan dalam tinnya adalah TANPA bahan pengawet, TANPA MSG tambahan dan TANPA GMO.

 

Kami prihatin, kami adalah keluarga!

 

 

Share This

 

Go To Top