Tidak perlu risau tentang merkuri!

Pemangsa laut yang besar seperti ikan jerung, ikan paus, ikan todak dan beberapa spesies tuna lain mungkin mengandungi kesan metil merkuri kerana kepekatan merkuri mungkin meningkat di bahagian atas dalam rantai makanan.

Ayam Brand™ hanya memilih ikan yang bersaiz kecil daripada dua spesies tuna: skipjack dan yellowfin. Kerana tuna yang dipilih agak kecil, ianya secara langsung tidak mengandungi kepekatan merkuri seperti pemangsa yang bersaiz besar.

Walau apa pun pilihan tuna Ayam Brand™, setiap unit dan kumpulan pengeluaran tuna akan dihantar untuk dianalisis bebas merkuri di makmal yang diiktiraf demi untuk ketenangan fikiran pengguna tuna.

Ayam Brand™ akan memastikan bahawa pengeluaran tuna adalah mematuhi peraturan – peraturan keselamatan makanan yang paling ketat di dénia.


Ayam Brand™ menyarankan untuk membaca nasihat berikut mengenai pemakanan ikan, yang dilakukan oleh Piawaian Makanan Australia dan New Zealand.

«ADAKAH TUNA DALAM TIN SELAMAT UNTUK DIMAKAN SECARA KERAP?

Betul. Secara umumnya, aalah selamat bagi golongan penduduk, termasuk wanita hamil, untuk dimakan 2-3 sajian bagi sebarang jenis tuna seminggu (dalam tin atau secara segar). Tuna dalam tin secara umumnya mempunyai tahap merkuri yang lebih rendah berbanding tuna yang lain kerana tuna yang digunakan adalah spesies yang lebih kecil dan ditangkap kurang dari 1 tahun. FSANZ membuktikan bahawa ianya selamat kepada semua golongan penduduk untuk makan snek tuna dalam tina (95gram) setiap hari , dengan andaian tiada ikan lain yang dimakan. Harus ingat, Garis Panduan Pemakanan Australia menyarankan agar pelbagai makanan boleh dimakan.»

Http://www.Foodstandards.Gov.Au/consumer/chemicals/mercury/documents/mercury_in_fish_brochure_lowres.Pdf


Sila lihat juga polisi Ayam Brand™ kelestarian tuna.

 

Share This

 

Go To Top