malaysiaMALAYSIA

PREV
NEXT
  • Kelestarian

Adakah kelestarian Tuna AYAM BRAND™ terjamin?

Walaupun tuna AYAM BRAND™ hanya mewakili kurang daripada 0.1% daripada tangkapan tuna tahunan dunia, AYAM BRAND™ komited untuk menjadi satu nama yang berkualiti dan bertindak dengan penuh bertanggungjawab serta berpendirian teguh bagi menjamin kelestarian sumber ikan, perikanan dan pembuatan yang mematuhi syarat-syaratnya.

 

Kami tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan aktiviti penangkapan tuna kerana kami hanya bekerjasama dengan kilang-kilang pengetinan ikan yang menggunapakai resipi dan spesifikasi kami mengikut kawalan kualiti pihak kami.
Walaubagaimanapun, pihak kami mempunyai kuasa dalam menetapkan spesifikasi pembelian kepada semua pengeluar tuna dalam tin.

 

Spesifikasi pembelian tuna yang ketat merupakan cara kami untuk memberi penekanan dalam pelestarian industri perikanan tuna untuk terus berkembang bukan sahaja dalam penangkapan ikan tuna yang lestari tetapi juga amalan bekerja yang adil dan mematuhi undang-undang.
Pengilang yang telah terpilih untuk menghasilkan produk Ayam Brand hendaklah mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak kami.

Terdapat tiga kategori utama:

    1. Biojisim:

      Satu cara yang mudah untuk memastikan kelestarian tuna yang digunakan oleh pengeluar Ayam Brand™.

    2. Kod Perlaksanaan:

      Adalah mandatori untuk pembekal dan pembekal mereka sendiri dalam memastikan amalan buruh dan menjalankan perniagaan yang adil.

    3. Cadangan:

      Mereka telah memberikan tekanan kepada industri bagi menambahbaik kaedah penangkapan yang mengehadkan tangkapan sampingan.

 

1- BIOJISIM

Ayam Brand™ hanya menggunakan spesis tuna yang tidak terancam dan daripada biojisim yang sihat.

Data mengenai keadaan biojisim telah dinilai oleh Organisasi Serantau Pengurusan Perikanan (RFMO), pertubuhan antara kerajaan antarabangsa yang mengkhusus dalam pengurusan sumber perikanan yang lestari di perairan antarabangsa seperti Suruhanjaya Tuna Lautan India (IOTC / iota.org ) dan Suruhanjaya Perikanan Pasifik Tengah dan Barat (WCPFC/ www.wcpfc.int).
Kebanyakkan data mereka telah diterbitkan oleh ISSF (Yayasan Makanan Laut Antarabangsa HTTP://ISS-FOUNDATION.ORG/)

 

Hanya dua jenis Tuna yang digunakan oleh Ayam Brand™.

(1) Skipjack tuna ( katsuwonus pelamis )

Kebanyakkan tuna dalam tin Ayam Brand™ menggunakan tuna skipjack. Tuna skipjack yang digunakan adalah daripada Lautan Pasifik dimana kawasan tersebut telah diiktiraf oleh WCPFC sebagai perikanan terkawal, malah tuna skipjack boleh juga datang dari kawasan lain yang mana sumber tuna skipjack adalah amat mencukupi sebagaimana dinilai oleh RFMO.

>Ingin mengetahui dengan lebih lanjut

 

(2) Yellowfin ( thunnus albacares )

Ayam Brand™ menggunakan tuna Yellowfin untuk produk tuna dalam minyak atau dalam air. Di sesetengah kawasan di dunia, berlaku berlebihan tangkapan tuna yellowfin ini. Ayam Brand™ hanya menggunakan tuna yellowfin yang ditangkap di Pasifik Barat, yang telah diiktiraf oleh WCPFC sebagai tiada tangkapan berlebihan.

>ingin mengetahui dengan lebih lanjut

 

Ayam Brand™ sentiasa memantau semua maklumat dan laporan daripada RFMOs dan ISSF bagi mengikuti perkembangan terkini mengenai tuna skipjack dan yellowfin .

 

2- Kod Perlaksanaan

Ayam Brand™ bekerjasama dengan pembekal yang berkongsi kod perlaksanaan yang sama di kilang-kilang mereka dan menjadikannya mandatori kepada pembekal mereka sendiri.

  • Pekerja dan keadaan sekitarnya hendaklah mematuhi undang-undang negara dan perjanjian antarabangsa ( mencegah aktiviti seperti buruh haram dan pencabulan hak asasi manusia seperti perhambaan atau buruh kanak-kanak)
  • Tiada rasuah
  • Tiada tuna dibekalkan dari perikanan haram, tidak terkawal dan tidak dilaporkan (IUU).
  • Tiada tuna dibekalkan dari kapal-kapal nelayan yang tiada pengesahan sebagai Mesra Ikan Lumba-lumba atau menangkap sirip ikan yu atau spesis ikan terancam.

 

3- Cadangan

Syarikat kami memainkan peranan dalam memastikan pembekal kami meningkatkan kaedah untuk menangkap tuna skipjack dan yellowfin bagi mengurangkan tangkapan sampingan.

 

Kebanyakkan tuna Ayam Brand™ ditangkap menggunakan kapal-kapal nelayan yang menggunakan pukat jerut dan sedikit menggunakan penangkapan cara joran. Kami tidak menerima kaedah lain untuk mengangkap ikan kerana kadar penangkapan sampingan yang berlebihan.

 

Sehingga hari ini, pembekal kami tidak dapat membezakan antara tangkapan jerut bebas dan FAD kerana tangkapan tersebut telah bercampur di dalam kapal nelayan. Syarikat kami dan pembekal terus komited dalam mengumpul data dan berkongsi maklumat teknikal yang membolehkan kami lebih memahami situasi yang sebenar dalam tempoh masa yang singkat untuk meningkatkan specifikasi pembelian.

 

Kami juga sedang berusaha untuk menambah produk tuna yang menggunakan kaedah penangkapan lestari dalam kepelbagaian produk tuna Ayam Brand™, untuk memberi pengguna pilihan tidak lama lagi.


Ayam Brand™ sangat komited dalam kelestarian dan ketelusan rangkaian bekalan produknya. Kami sangat mengalu-alukan sebarang pertanyaan lanjut di “HUBUNGI KAMI”.

 

 

 

 

Share This

Go To Top