malaysiaMALAYSIA

2015

OKTOBER

MESYUARAT PEMASARAN 2015

mkt-3 mkt-2 mkt-1

Bahagian Pemasaran Ayam Brand™ dari Malaysia, Singapore, Thailand, Indonesia, Hong Kong, China, Australia dan La Reunion telah berkumpul di Singapore untuk Mesyuarat Pemasaran Tahunan. Pertemuan selama 2 hari ini adalah untuk memberi pendedahan tentang cara menangani  krisis dalam talian, memasak produk baru dan mencuba resipi baru.

 

SEPTEMBER

KONVENSYEN JUALAN

promoter2 promoter1 promoter3
Konvensyen Jualan Ayam Brand™ telah diadakan di The Saujana Hotel Kuala Lumpur pada 29 september 2015. Dalam pertemuan tahunan ini, cara memasak dan resipi telah dikongsi bersama, produk baru dan perancangan akan datang juga telah dibentangkan.
 
Konvensyen ini berakhir dengan pertandingan memasak dan menikmati makan malam yang meriah sambil mencuba permainan. Jumpa anda semua pada tahun hadapan!

 

OGOS

MGPA MERDEKA RUN

merdeka-run merdeka run2 merdeka run3

Sebahagian dari bahagian jualan kami turut berbangga dapat menyertai Larian 10 km Merdeka MGPA di Taman Botanic Shah Alam pada 23 ogos yang lepas.

 

MEI

KEMPEN MASYARAKAT PENYAYANG KE 8 : KANAK – KANAK BOLEH MEMASAK

csr2015 1 csr2015-4 csr2015 3
Kempen masyarakat penyayang Ayam Brand™ terus membantu kanak – kanak yatim, warga emas dan juga golongan kurang upaya untuk kali ke -8 dengan memberi  makanan bertin yang sihat, berkhasiat  dan mudah selama dua bulan.
 
Tema kempen pada tahun ini adalah “Kanak-kanak boleh memasak” bertujuan menggalakkan kanak-kanak untuk belajar tentang pemakanan yang sihat dan berpeluang menyediakan makanan yang mudah dan berkhasiat.

 

MISI GEC NEPAL MEDICAL RELIEF 

nepal1 nepal2 nepal3

Kelab "Global Expedition Malaysia" telah membawa sekumpulan doktor untuk memberi pertolongan kesihatan di perkampungan terpencil Nepal yang telah terjejas oleh gempa bumi yang berlaku baru-baru ini. Ayam Brand sangat bangga membantu misi tersebut dengan memberi sumber protein dan tenaga kepada pihak doktor dengan produk-produk sardin, kacang panggang dan juga tuna. 

 

TAP TAP TUNA 

tap3 tap2 tap1

Untuk meraikan pelancaran game Tap Tap Tuna Ayam Brand™, satu pesta telah berlangsung untuk kakitangan di pantri syarikat. Semua kakitangan Ayam Brand™ berkumpul untuk makan bersama dan diberi informasi mengenai game terbaru itu. Pesta ini memberi peluang untuk kakitangan bermain bersama.


 

MAC

FORKLIFT OPERATORS' & SAFETY TRAINING

forklift1 forklift2 forklift3
Bahagian gudang penyimpanan menghadiri latihan "Forklift Operators' & Safety" di bulan March 2014. Latihan ini penting untuk meningkatkan skil dan pengetahuan kakitangan dengan mementingkan keselamatan terlebih dahulu. 

 

FEBRUARI

KELAS MEMASAK BERSAMA CHEF 

cooking cooking2 cooking3
Seorang chef telah dijemput untuk mengadakan kelas memasak di pantri Ayam Brand™ Pantry pada bulan Feburary 2015. Kelas ini terbuka untuk kakitangan Ayam Brand™ dimana mereka dapata mencuba resipi Ayam Brand™ recipes dan belajar teknik penyediaan makanan yang betul.

JANUARI

BANTUAN BANJIR PANTAI TIMUR

web1 flood2 flood1
Ratusan Karton produk Ayam Brand™ telah disumbangkan ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terlibat. Sumbangan makanan termasuk produk Sardin dalam Tomato Sauce Ayam Brand™ dan juga Kacang Panggang Ayam Brand™ yang berkhasiat, berkualiti, selamat dan mudah dimakan, terutama di zon krisis.
Selain sumbangan korporat, kakitangan Ayam Brand™ juga memberi pertolongan dengan memberi sumbangan mereka juga.

KONVENSYEN JUALAN

b2b    

Konvesyen Jualan Ayam Brand™ telah diadakan di Sunway Hotel pada 16 Januari 2015. Dalam pertemuan tahunan ini, pelbagai laporan telah disampaikan oleh setiap cawangan pejabat. Objektif dan projek tahun 2015 telah diketengahkan. Selain itu, pelbagai perbincangan dan perkongsian idea telah berlangsung di konvensyen ini untuk meningkatkan prestasi syarikat. 

 

MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN

annualdinner1 annualdinner2 annualdinner3

Majlis makan malam tahunan yang berlangsung pada bulan Januari 2015 adalah January 2015 merupakan acara yang penting kerana ia menandakan penutupan aktiviti dan permulaan tahun yang baru. Tema malam tersebut merupakan "Malam Warna-Warni" di mana pekerja Ayam Brand™ hadir dalam pakaian mereka yang paling menarik. Acara makan malam dilengkapi dengan cabutan bertuah dan juga persembahan menarik.


2014

DISEMBER

STAFF END OF YEAR GIFT EXCHANGE

gift exchange white white
Sebelum tahun berakhir, kakitangan Ayam Brand telah mengambil bahagian dalam aktiviti pertukaran hadiah. Objektif aktiviti ini untuk memupuk suasana keseronokan di tempat kerja dan juga untuk menguatkan silaturahim diantara satu sama lain.

NOVEMBER

MESYUARAT PEMASARAN 2014

marketing marketing2 marketing3

Bahagian Pemasaran Ayam Brand™ dari Malaysia, Singapore, Thailand, Indonesia, Japan, Hong Kong, China, Australia dan Le Reunion telah berkumpul di Penang pada bulan November 2014 untuk Mesyuarat Pemasaran tahunan. Pertemuan selama 4-hari ini adalah peluang untuk berkongsi idea dan 'brainstorm' bersama

 


MAC 

KEMPEN MASYARAKAT PENYAYANG KE-7 : DIET SIHAT UNTUK KREATIVITI

csr2014 csr2014-2 csr2014-3

Kempen masyarakat penyayang Ayam Brand™ terus membantu kanak-kanak yatim, warga emas dan juga golongan kurang upaya untuk tahun yang ke-7 dengan memberi makanan bertin yang mudah, sihat dan penuh nutrisi selama 2 bulan.


Program ini telah memberi kebaikan kepada lebih dari 13,200 orang dari 264 rumah sejak kempen dilancarkan pada tahun 2008.


Pekerja Ayam Brand juga berinteraksi melalui Cabaran Seni Kreatif yang bertujuan memupuk daya kreativiti, ekspresi diri, koordinasi mata-tangan dan kerja berpasukan. Ia memberi peluang untuk berkreatif dengan kraftangan tradisional, tenunan, kerja kayu, ukiran, sulaman, multimedia dan juga landskap.


 

Share This

Go To Top